|
Akhbar Melayu Tempatan
|
|
Written by Eddie
|
|
Sunday, 03 August 2008 |
|
Akhbar: Harian Metro Tarikh: 3 Ogos 2008 KUALA LUMPUR: Angkara ketagih permainan komputer, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tergamak mengugut untuk menikam dan menetak ibu bapanya dengan pisau dan parang lebih 10 kali hanya kerana dia tidak diberi wang RM5.
Murid darjah enam itu juga bertindak ‘ala gangster’ apabila sanggup mencuri wang dari kedai runcit dan memeras ugut ra kan sebaya untuk melayani ketagihannya terhadap permainan komputer di kafe siber yang dikenalinya awal tahun lalu.
Sejak ‘terpikat’ dengan permainan ‘berhantu’ itu, kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Azli itu kerap ponteng sekolah, merokok dan akhirnya berhenti sekolah, sekali gus tidak menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.
Tidak setakat itu saja, selepas berhenti sekolah, kafe siber menjadi rumah keduanya, malah dia sanggup ‘bertapa’ 12 jam sehari hanya untuk bermain permainan komputer diminati.
Comments (1) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 192 |
|
Read more...
|
|
|
Games
|
|
Written by Eddie
|
|
Friday, 28 March 2008 |
|
SUNGGUH penat bila bertarung menentang musuh dalam Tekken5 tapi ia bukan pergaduhan sebenar, hanya meng gunakan permainan konsol PlayStation2 (PS2) namun selepas habis bermain, datang pula Jumper Griffin's Story.
Apa lagi, permainan ini mungkin unik kerana keupayaan kita yang mampu melompat bukan sekadar satu atau dua meter malah berjuta kilometer jauhnya. Bukan pemain PS2 saja yang boleh menikmati lompatan memecah rekod dunia ini kerana platform untuk komputer peribadi (PC), Wii atau Xbox 360 pun layak bertarung. Permainan video ini menjadi kesinambungan filem sains fiksyen arahan Doug Liman secara tidak langsung memberi promosi menarik untuk Jumper Griffin's Story.
Secara peribadi, filem Jumper bukanlah hebat jika di bandingkan dengan Ghost Rider dari segi kesan visual khas dan ia seolah-olah berjangkit ke permainannya pula.
Jumper adalah individu memiliki genetik unik membo lehkannya mereka melakukan 'teleport' sehingga berkeupa yaan berada di mana saja tempat diingini selain memiliki musuh yang sentiasa mahu memusnahkan kehadiran mereka di dunia iaitu Paladin.
Comments (100) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 892 |
|
Read more...
|
|
|
New Gadget
|
|
Written by Eddie
|
|
Friday, 28 March 2008 |
|
KETIKA pengguna telefon bimbit semakin menunjukkan tahap tidak sabar untuk memiliki iPhone keluaran Apple yang masih tidak diketahui tarikh sebenar kemasukannya di negara, terdapat beberapa kedai mula menjualnya secara terbuka.
iPhone kini mudah didapati di gedung membeli-belah teknologi maklumat (IT) terkemuka di ibu kota iaitu Low Yatt boleh dikatakan dijual di semua kedai yang menjual telefon bimbit.
Namun, tidak pula dapat disahkan sama ada ia dibawa masuk ke negara ini secara sah tapi pengguna dapat menikmati kehebatan telefon itu untuk kapasiti storan sebesar lapan atau 16 gigabait (GB). Tinjauan it@Metro di pusat membeli belah IT hebat itu mendapati kebanyakan kedai memaparkan iklan 'iPhone dijual, SIM tidak berkunci'. Harga yang ditawarkan berbeza bermula RM1,850 (8GB) sehingga RM2,400 tapi terdapat pekedai menyatakan ia mendapat sambutan hangat penduduk sekitar Lembah Klang. Comments (52) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 595 |
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 26 |